info trafik

Monday, August 10, 2009

perginya seorang kawan, teman, sahabat...

7 ogos yg lalu @ 8.55 mlm...satu berita yg mengejutkan telah aku terima dari sahabat2 yg sama2 mengenali beliau.

SITI AISYAH @ ecah...seorang adik, kawan, teman dan sahabat akhirnya pergi meninggalkan kami semua setelah beberapa hari bertarung nyawa melawan H1N1.

Aku agak terkilan kerana tidak sempat bertemu arwah sebelum pemergian beliau. Cme, 2 minggu sebelum itu, aku sempat msg beliau untuk mendapatkan nombor telefon YPD BACCSA yg baru memandangkan ada projek yg ingin aku laksanakan di sana. Sempat jugak bertanya kabar dengan beliau..beliau memberitahu bahawa dirinya tidak sihat. Aku menyuruhnya pergi jumpa doc. Dimaklumkannya kepada aku, bahawa sudah ke klinik tetapi tiada apa2. Aku hanya menyuruhnya menjaga kesihatan dan stdy baik2..Beliau juga telah menyatakan hasrat untuk mengikuti program tersebut dengan penuh gembira.

Aku seronok kerana mendapat support dr ecah yang aku kenal mmg seorang yg komited, bertanggungjawab, baik, good leader dan pelajar perempuan pertama bergelar ydp BACCSA di UiTM Segamat. Kehilangannya bukan hanya dirasai oleh kami..tetapi bahkan mungkin semua lecturer dan sesiapa sahaja yg mengenali beliau. Bagi aku...kehilangan ecah umpama hilangnya sebutir mutiara berharga yg tiada gantinya....

Perkenalan singkat dgn beliau, banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis bersama...tatkala menerima kabar sedih tersebut, memori ku terus berputar kembali mengenang kenangan bersama. Masih terasa sejuk tgn ecah memegang tangan aku ketika beliau betul2 ketakutan ketika naik penambang untuk menyeberangi sungai sarawak.

Masih jelas terbayang wajah ecah menenangkan aku ketika, aku betul give up dan tertekan dengan satu peristiwa. Dan paling aku igat..ketika aku marahkan dia...sedihnya..:( malam bertolak ke airport senai, kami bersembang hingga ke pagi. Malam tu mcm2 cerita ada...seronoknya ketika bergelak ketawa dgnnya sehingga tak sedar seharian rupanya kami tak tido.

kini...semuanya tinggal kenangan..tiada lagi hilai tawanya..tiada lg lantang suaranya berbicara..tiada lg kedengaran sesak nafas nya ketika penat berlari mengejar masa...tiada lg terpancar manis senyumnya...tiada lg kelihatan redup matanya...

suatu hari nanti kita juga akan menyusuri jejaknya...hanya tak tahu bila ajal akan menjemput kita menemui ALLAH yg Esa. Bersediakah kita? Bersedia atau tidak...yg pasti.. MATI itu benar...

aku doakan ecah tenang disana....mg rohnya dicucuri rahmat dan bersama-sama orang yg soleh dan solehah.

Al-Fatihah.....