info trafik

Thursday, January 28, 2010

pinjaman PTPTN


huh! leganya arini...gaji dah masuk...;-)

Pertama kali dlm hidup aku, aku akhirnya menggunakan online banking untuk membayar pinjaman PTPTN. Alhamdulillah....akhirnya, aku mula mempercayai sistem ini. Mudah dan cepat!

Tapi..yang paling penting, hari ini melakar sejarah dlm hidup ini kerana pertama kalinya aku menggunakan online banking dan membayar PTPTN.

Jumlah bayaran yg aku buat tidaklah banyak tetapi aku harap, aku akan konsisten dlm membuat bayaran bulanan.

Membayar PTPTN, merupakan tanggungjawab kita sebagai peminjam. Jadi, jgn tunggu lame2...mulakan pembayaran pada hari ini. Igtlah kepada generasi akan datang kerana mereka mungkin juga memerlukan PTPTN untuk meneruskan pengajian.

kepada PTPTN, terima kasih kerana sedia memberi pinjaman pendidikan kepada saya. Kerana pinjaman tersebut, saya telah berjaya pada hari ini. ;-)

Wednesday, January 13, 2010

Ilmu dan perspektif tentangnya

Mencari ilmu itu merupakan suatu kewajipan bagi semua manusia.Tidak kira jantina, bangsa atau warna kulit. Tiada batasan dalam menuntu ilmu, selagi nyawa dikandung badan, selagi itu kita bebas mencari ilmu. Namun, setinggi mana pun ilmu kita, kita tidak dapat menandingi ilmu ALLAH S.W.T.

Saya bukan ingin mengolah tentang ilmu itu secara terperinci tetapi hanya ingin berkongsi sedikit pandangan tentang ilmu dari kaca mata saya sebagai seseorang yang masih ketagih untuk meneroka pelbagai bidang ilmu.

Suatu masa dahulu, saya masih ingat betapa kedua orang tua saya, beria-ria menyuruh saya belajar.Sebagai anak saya hanya menurut sahaja, tanpa tahu kenapa.Melalui nasihat ibubapa serta teguran mereka, saya membuat kesimpulan bahawa jika mahu hidup senang saya perlu belajar.

Namun, hari demi hari saya makin dewasa.Saya mulai paham kenapa saya harus belajar. Jika kawan-kawan ketika itu belajar untuk peperiksaan, saya tetap dengan pandangan bahawa keikhlasan dalam menuntut ilmu itu akan membuahkan hasil yang memang lumayan. Bukan sahaja dalam peperiksaan malah dlm kehidupan.Dan kini saya makin pasti tentang itu. Bagi saya ilmu yang dituntut dengan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran, akan terus terlekat dihati.Manakala ilmu yang dituntut atas dasar ganjaran, akan hilang selamanya.

Beberapa bulan yang lalu, seorang kawan ada menulis tentang:

'kenapa cikgu/pensyarah tak ajar kita cara cari duit. Sebab kita hidup perlukan duit'

Rasanya saya ingin melontarkan kembali soalan kepadanya seperti begini:

'agaknya kalau kamu tidak diajar dengan ilmu semasa disekolah/diuniversiti, mampukah kamu berfikir untuk mencari duit pada hari ini? '

Tidak dinafikan, duit merupakan nadi kehidupan pada masa kin. Namun, harus diingat bahawa duit tidak dapat membeli ilmu. Tetapi dengan ilmu kita dapat mencari duit.

Friday, January 8, 2010

Temanku umpama permata berharga

Assalammualaikum....

Selamat sejahtera kepada semua kenalan. Hari ini saya ingin memberi penghargaan yang tak terhingga untuk beberapa sahabat yg selama ini banyak membantu, menasihati, memahami dan bermacam2 lg la perkara kebaikan yg dilakukan oleh mereka. Rsnyer tak terbalas segala pertolongan mereka.

Dalam meniti kehidupan yg penuh berliku ini..ALLAH S.W.T senantiasa mempertemukan saya dgn sahabat2 yg baik...Alhamdulillah...syukur sgt.Dan setiap mereka pasti akan membawa kegembiraan dan kebahagiaan buat saya. Meskipun tiada insan yg sempurna..bg sy mereka semua sudah cukup sempurna untuk saya...kerana saya juga bukan sempurna dan masih banyak keburukan. Namun, mereka masih sudi berkawan dengan saya.

Beruntungnya saya kerana mendapat sahabat seperti mereka.Susah,senang, pahit, manis,suka, duka sentiasa bersama. Bak kata org, 'kawan gembira senang nak dpt, kwn menangis lum tentu ada' Tp...saya ada...dan itulah mereka permata berharga.

Sekalung " TERIMA KASIH " buat sahabat-sahabatku.. mgkn ucapan ini tidak setimpal dgn apa yg mereka berikan, namun mgkn ini dapat mempereratkan lg kasih sayang & talian persahabatan kami...mudah2an..amin...

Terima kasih "KECIK, KAK ELA, AINI, SHIDA, LELA, SYAZA,SAL & ANIM"

Pertemuan kita tak pernah di rancang. Pelbagai episod berlaku.Namun, takdir ALLAH menentukkan.Dalam slah satu episod cerita hidup kita, kita semua dipertemukan...Akhirnya, terlakarlah 1 sejarah persahabatan yg unik. Kalian pelengkap jalan cerita hidup pojie. Moga persahabatan kita kekal selamanya.