Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
InsyaALLAH, esok semua akan bercuti sempena sambutan maulidur rasul. Macam-macam program diatur bagi sambutan itu.Tp, ape yg penting bagaimana kita semua menghayatinya.
Hari ini, seorang teman meluahkan rs kecewa dia terhadap seorg lelaki kepada saya. Kesian betul dia....kesetiaan dan cintanya tak dihargai.Saya tak tahu nak cakap apa, sebab suatu masa dahulu saya pun pernah menerima nasib yang sama.
Apapun pada dia saya selitkan sedikit kata-kata semangat.Moga ALLAH beri dia kekuatan untuk mengharungi cabaran ini.
' Kita adalah nakhoda bg hidup kita. Lautan ibarat laluan yg terpaksa kita tempuh.Cabaran pula, umpama ombak laut yang mengganas. Susah atau payah sekali pun sebagai nakhoda, kita kena bersedia menempuhinya. Kerna bukan senang nak sampai ke pulau impian andai jiwa tak seteguh karang..Jadilah karang dilautan..sekuat manapun badai menerjah..tetap tak berganjak kecuali takdir ALLAH mengubah segalanya...'
Sebagai orang islam..nadi kekuatan kita adalah 'DOA'. Mg dgn doa yg berterusan, segalanya akan dipermudahkan.Wallahualam..