info trafik

Wednesday, January 13, 2010

Ilmu dan perspektif tentangnya

Mencari ilmu itu merupakan suatu kewajipan bagi semua manusia.Tidak kira jantina, bangsa atau warna kulit. Tiada batasan dalam menuntu ilmu, selagi nyawa dikandung badan, selagi itu kita bebas mencari ilmu. Namun, setinggi mana pun ilmu kita, kita tidak dapat menandingi ilmu ALLAH S.W.T.

Saya bukan ingin mengolah tentang ilmu itu secara terperinci tetapi hanya ingin berkongsi sedikit pandangan tentang ilmu dari kaca mata saya sebagai seseorang yang masih ketagih untuk meneroka pelbagai bidang ilmu.

Suatu masa dahulu, saya masih ingat betapa kedua orang tua saya, beria-ria menyuruh saya belajar.Sebagai anak saya hanya menurut sahaja, tanpa tahu kenapa.Melalui nasihat ibubapa serta teguran mereka, saya membuat kesimpulan bahawa jika mahu hidup senang saya perlu belajar.

Namun, hari demi hari saya makin dewasa.Saya mulai paham kenapa saya harus belajar. Jika kawan-kawan ketika itu belajar untuk peperiksaan, saya tetap dengan pandangan bahawa keikhlasan dalam menuntut ilmu itu akan membuahkan hasil yang memang lumayan. Bukan sahaja dalam peperiksaan malah dlm kehidupan.Dan kini saya makin pasti tentang itu. Bagi saya ilmu yang dituntut dengan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran, akan terus terlekat dihati.Manakala ilmu yang dituntut atas dasar ganjaran, akan hilang selamanya.

Beberapa bulan yang lalu, seorang kawan ada menulis tentang:

'kenapa cikgu/pensyarah tak ajar kita cara cari duit. Sebab kita hidup perlukan duit'

Rasanya saya ingin melontarkan kembali soalan kepadanya seperti begini:

'agaknya kalau kamu tidak diajar dengan ilmu semasa disekolah/diuniversiti, mampukah kamu berfikir untuk mencari duit pada hari ini? '

Tidak dinafikan, duit merupakan nadi kehidupan pada masa kin. Namun, harus diingat bahawa duit tidak dapat membeli ilmu. Tetapi dengan ilmu kita dapat mencari duit.

2 comments:

  1. yes cik pojie... i setuju dengan statement u tuh... i rase i tau sape yang u refer kan tuh... hehehe. terkejut gak i bila dia kuar statement camtu.

    duit memang penting dalam hidup. tapi tanpa ilmu, duit yang ada pon jadik tak guna sebab tak mampu nak uruskan cara terbaik. thanx pojie kerana sudi berkongsi pandangan :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih kpd k.ela krn sudi membei komen untuk post ini.

    sy tak dpat tido lena bile menbaca tentang post dia sehingga sy menerbitkan post ini.

    sy sgt bersetuju ngn komen k.ela itu.

    ReplyDelete