info trafik

Wednesday, May 18, 2011

Beginikah Cinta

Pertemuan kami mmg tidak dirancang. Malah, bukanlah objektif kami untuk menemui satu sama lain. Kami hanyalah menjadi peneman kepada 2 jiwa yang sedang asyik bercinta.

Namun, tatkala pertama kali berkenalan, hatiku mula merasakan 'sesuatu' em..tapi, ku biarkan saja perasaan itu krn tidak mahu 'perasan' pula. Hatinya? Aku tidak tahu apa yg dirasa. Mgkn juga ada 'rasa' yang sama.

Perkenalan singkat itu, memulakan segalanya.Ya, semuanya masih baru. Masih byk yg perlu kami lalui.

Hanya satu harapanku untuk hubungan baru ini, andai ada jodoh biarlah segalanya berjalan dengan lancar.

~ JAUH MANA PUN SAYA PERGI, SAYA PASTI KEMBALI~

tagline yang sentiasa memberi harapan kepada aku untuk terus menyayanginya...=)


Friday, May 6, 2011

Kesempatan yang hilang

Dalam menelusuri denai kehidupan ini...byk perkara yg kita lalui. Banyak peluang yang kita perolehi tapi byk jugak ranjau yg gagal kita tangani.

Masa juga sering mengejar kita, jenuh kita melajukan langkah..namun, masih belum SEMPAT mengejar masa.

Hari ke sehari...masa mula jauh meninggalkan kita. Semakin hari, semakin menginjak ke umur tua. Tapi...masih banyak ynag belum SEMPAT kita buat.

Terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia...sedangkan kemewahan akhirat, kita sia-siakan...owh..katanya, tak SEMPAT la...

Terlalu sibuk bekerja, sehinggakan tak sedar kawan-kawan dah beranak-pinak bahagia membina keluarga. Kita? Owh...tak SEMPAT nak pikir...

Terlalu sibuk mempertahankan konon-kononnya prinsip hidup...akhirnya...tak SEMPAT buat apa-apa untuk membahagiakan diri...

Tanpa sedar...semua keSEMPATan tue hilang...hilang bersama masa yg telah berlalu...

Ya ALLAH, sesungguhnya aku ini insan yg sering lalai...sering lupa dan sering leka...jgnlah disebabkan kekurangan ku itu, aku hilang kesempatan untuk beribadah dan beramal kepada-MU, dan janganlah kerananya juga...aku hilang kesempatan untuk membina keluarga dan kebahagiaan aku sendiri. Bantulah aku Ya ALLAH...Amin ya rabbal a'lamin..