Assalammualaikum & salam sejahtera.
Hari ini merupakan hari ke-2 terakhir bagi bulan ogos 2011, sebelum last keje esok hari. Maka, esok selepas berbuka puasa, insyaALLAH aku akan berangkat pulang ke desa lamanku yg terletak di Kg. Sabun, Jelebu, N9.
Alhamdulillah...syukur ke hadrat ILLAHI kerana shingga kini, aku dan seluruh ahli keluargaku masih lg sihat dan bernafas untuk terus beribadah di bulan yg mulia ini. Cuma tahun ini, adik kembar aku injured sket..kne jahit 2 jahitan dekat nadi pergelangan tgn dia, sbb tgnnya terhempap cermin tingkap masa cuci tinggap tempoh hari. Walaubagaimanapun, dia sihat ajer...masih sibuk duk tya aku bile nak balik..=) Alhamdulillah...=)
Aku pulak dpt mcm2 berita bulan nie. Dlm gembira..ada sedihnya..gembira sbb dinaikkan pangkat dan akan menjalankan tugas baru pada bulan oktober nnt. Manakala sedih lak..bile shbt baikku cik nano akan meninggalkan aku utk ke tempat kerja baru...(tp, aku hhpy jgk, sbb tue pilihan dia...mg dia lebih berjaya disana)
Kwn rapat aku pon dah benti keje...bertambah sedih....pasni tinggal lah aku ngn En. Farid, meneruskan sisa-sia perjuangan disini.
Wlwapapun terjadi di ramadhan kali ini, sbg hamba-NYA, aku kene terus melangkah.Tiada apa yg boleh mematahkan semangat aku krn ALLAH akan sentiasa bersama aku. Dah melalut panjang2 nie..sebenarnya nk ucp 'Selamat Hari Raya' jer..
Okla...kepada semua rakan-rakan blogger, blogger yg sudi menyinggah dia blog aku yg bese-bese je nie..kwn2, shbt2, bff2, adik2, student2, kenalan2 baru & lama serta semua yg mengenali diri ini, saya ingin mengucapkan:
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011
Maaf Zahir & Batin
P/S: Raya lebih bermakna dengan mendapat ketenangan jiwa..dan ketenangan jiwa merupakan nilai KEKAYAAN yg tidak boleh dibeli melainkan dengan memaafkan orang lain..serta di maafkan oleh org lain..saya minta maaf atas segala-galanya serta minta halalkan juga segalanya buat saya.