info trafik

Monday, April 26, 2010

gelora lautan kehidupan

Assalammualaikum

semoga semua kwn-kwn sihat shj. Apa yg sya nak luahkan kali ini? Ye..tentu saja tentang hati sy terluka ini.Tp benarkah ianya terluka? Emm...mgkin yer...or mgkin juga tidak.Mgkin mula2 ia begitu terluka.Tp, selepas merenung, berfikir, mengkaji serta mendapat nasihat dan semangat dari kak fad, sy rs hati yg terluka nie, takde lah terluka sgt kot.Cam kema, ain n shina cakap, at least i know the truth..so ape2 jd pon sy dah bersedia.

skg setelah membuat keputusan itu, sy rs lebih gembira.Berbaloi kah saya menangis kerana dia?
berbaloikah mencintai orang yg kita tahu takkan ada kesudahan untuk hubungan itu?Emmm..tak berbaloi langsung kan. Yer...kebahagian yg sy cr adalah milik ALLAH secara hakiki.Alhamdulillah..sekurang2 nya ALLAH pinjamkan sy nikmat kebahagiaan tue wlwpon sekejap...=)

mcm k.fad ckp, ALLAH sdg uji sy dan DIA mgkin sdg aturkan sesuatu yg lebih baik untuk sy. Sy sgt yakin...sebb sy sedar, wlwapa pun terjadi pd sy, ALLAH tak pernah meninggalkan sy.DIA snts ada untuk sma2 merasai ape sy rs. DIA YG MAHA MENGETAHUI rahsia hati sy dan hanya DIA yg megetahui diri sy.

So, kenapa sy perlu bersedih? Igtlah FAUZIANA BINTI YAACOB, kesedihan bukan jln penyelesaian. Tak salah untuk bersedih, itu semua sifat semulajadi manusia.Tp jgn terlalu bersedih dan meratapi nasib mu...sedangkan ada lagi yg lebih penting yg perlu engkau fikirkan. Igt..engkau adalah khalifah dan pemegang amanah di bumi ini..jd, teruskan melangkah..wlwapapon terjadi hidup perlu diteruskan.

kau seorg yg hebat, sebb tuh kau diuji dgn pelbagai ujian.Stp ujian itu, adalah cr ALLAH untuk menguatkan hatimu.Mgkin ada sesuatu yg besar ALLAH nk beri pada engkau.Jadi, DIA beri ujian2 yg sesuai supaya andai ada lg badai yg dtg, engkau akan lebih bersedia. Mgkin juga..ALLAH sedang mengaturkan kebahagian yg besar buatmu selepas ini.Jadi, jgn bersedih yer Fauziana.

Dlm hidup ini, tak da yg sempurna.Tiada yg hakiki.Jd, kita sbg hamba-NYA perlu menerima qada' dan qadar ALLAH dgn berlapang dada. Mg, ALLAH beri kekuatan pd aku, untuk terus meredah golara lautan kehidupan ini.

mutiara kata dr aku :

'kegagalan bukanlah pengakhiran kpd kehidupan, tapi adalah titik tolak, untuk kita terus melangkah dan mencapai kejayaan'

No comments:

Post a Comment