apa saja yg diluahkan disini adalah apa saja yg hadir dr sebuah ruang kecil dalam hati ini. Semua penulisan akan bergantung kepada mood penulis....=)
info trafik
Tuesday, August 10, 2010
Ramadhan Al-Mubarak
Assalammualaikum & salam penuh kebahagiaan buat semua rakan-rakan diluar sana..=)
Sempena kedatangan ramadhan pada tahun ini, kita seharusnya lebih bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus menikmati keajaiban, keberkatan dan kelebihan di bulan yang mulia ini.
Syukur saya kehadrat ALLAH kerana dengan rahmat dan kasih-sayang-NYA , sy masih lg berpeluang hidup dan menikmati bulan ramadhan ini sekali lagi. Namun, siapa menyangka..andai ini ramadhan terakhir untuk kita, maka rugilah kita sekiranya tidak merebut nikmat di bulan yang penuh keberkatan ini. Jadi, rebutlah peluang dan ganjaran yang telah ALLAH janjikan buat kita semua...=)
Bila hampir puasa, kita semua bukan sibuk melengkapkan diri untuk menyambut bulan yang mulia ini, tapi masing2 sudah sibuk berkira2 berapa pasang baju raya nak dibuat, berapa kuih raya nak ditempah, berapa duit raya nak di beri...emmm...sejak dr kecil, perkara ini saya lihat, saya dengar & saya alami...Tgk saja di FB, mcm2 post kuih raya, baju raya ada.Semua nya senang & mudah.Hanya dihujung jari..semua menda pasti dpt dimiliki asalkan ada duit untuk mendapatkannya.
Tp, berapa kerat pula yang sudi berkongsi ilmu ttg bulan ramadhan ini? Boleh di bilang dgn jari...Apapun, saya harapkan dlm mencari harta dunia..saya & kita semua tak lupa untuk mencari harta akhirat. Peringatan untuk diri saya yg kadang-kadang lupa & khilaf dlm perbuatan.
Akhir kalam, SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA.....=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment