info trafik

Friday, July 8, 2011

'BERSIH'

Arini aku sgt lah bengang...sbb benda ni, segala urusan penting aku jd kelam kabut. Bengang sgt2...ish3...tapi apa boleh buat, sbb ramai nak jadi 'Pendekar' zaman moden nie. Aku tak leh halang. Cme bila jalan-jalan ditutup, aku lak rasa terhalang nak g memane...sakitnya hati...

nie belum perintah darurat, klu darurat cmne la ek...yela, lahir2 je negara nie bebas..aku bebas bergerak..bebas bersuara..semuanya bebas...takda halangan selagi tak menyalahi undang-undang..

pape pun, kne redha jela. Mudah-mudahan tiada apa yg serius yg boleh menggugat keamanan negara aku yg tercinta nie.Amin....

So, mari sama-sama kita baca makluman yg telah dikeluarkan oleh PDRM seperti mana aku dapati dari www.rmp.gov.my (Laman Web Rasmi Polis Diraja Malaysia)



TajukPENUTUPAN / LENCONGAN JALAN SEKITAR KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011
Deskripsi
Daripada
Kandungan Berita
Pihak polis akan membuat penutupan / lencongan jalan di sekitar Kuala Lumpur bermula 12.01 tengah malam ini (9 Julai 2011).

Jalan - jalan yang terlibat adalah :-

- Sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara;

- Sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara;

- Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

Semua pihak diminta memberi kerjasama untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat kawalan. Orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar dinasihatkan agar tidak memasuki kawasan berkenaan pada tarikh tersebut (9 Julai 2011) bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Sumber : IPK Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment