info trafik

Thursday, May 27, 2010

Arabian Nite!

Assalammualaikum...Apa kbr semua? Sudah agak lama saya tak mencoret sesuatu di sini. Kali ini saya ingin berkongsi kenangan manis saya bersama pelajar-pelajar IEYD yg juga merupakan kawan-kawan baru saya. Apa yg best nya ttg mereka? Ye..mereka kebanyakkannya adik2 pada sy.Mungkin juga ada dikalangan mereka yg sebaya dan berusia dr saya.Tp saya seronok mengenali mereka.

Alhamdulillah...kerana takdir ALLAH menjadikan sy penasihat fasilitator pd semester ini, saya dpt membina satu hubungan baru bersama mereka. Kalau dulu...ada 'GAP' antara kami, sekarang...mungkin jurang itu dpt dikurangkan.Itulah saya harapkan...=)
Arabian nite adalah tema bagi sambutan hari guru IEYD 2010. Ianya disambut di Hotel Vistana pada hari sabtu yg lalu.Penuh dgn keceriaan dan keseronokan...ditambah pulak gandingan kak ina & kak lin yg tak berhenti-henti berceloteh. VIP plak sporting betul sehinggakan sudi membuat persembahan istimewa.

Oh..pd mlm itu saya telah dirias oleh cik puteri.Thanks sgt kat dia sbb sudi merias wajah sy..=)Sebenarnya sy taknak pegi..sbb agk kepenatan sejak akhir2 ini. Tp..nak dijadikan cerita cik ayu, cik ima n cik syue telah mengajak sy menemani mereka ke Tesco. Tetibe sy terpandag satu jubah tue..terus jer g tgk...pe lg..bdk bertiga tuh dok promote2 suh beli...paling excited si ima la...last2 beli gak..dah beli sure la kne pegi..hehehe..

mereka adalah penyebb sy dtg pd mlm tuh..


Pd mlm tuh...sy, cik ima dan kak akma menjadi juri untuk teater muzikal yg dipersembahkan oleh pelajar2 serta alumni. Idea2 segar mereka berjaya menambat hati kami serta penonton.Susah jugak kami nak pilih siapa pemenangnya.Mmemandangkan semua persembahan adalah ditahap terbaik. Apapun..taniah kpd semua.Terutama adik2 kohort 8, yg sy lihat mempunyai potensi untuk lebih cemerlang pd ms akan dtg. Sayang sy kat mereka nie..al-maklumlah...kire cm anak didik 1st sy.Hehehe...

saya, ima & kak akma (juri vouge gitu...)


Berikut adalah gmbr yg ada dlm koleksi nik, puteri & ayu.Selamat melihat k...


2 comments: