Sebentar tadi, aku baru sahaja menamat sesi perjumpaan dengan pelajar yang gagal membayar yuran sehingga bertunggak beberapa semester. Kesian....tapi apakan daya, telah lama pihak pengurusan memberi peluang hinggakan tertunggak setahun masih boleh belajar seperti biasa.
Perjumpaan itu, aku selitkan dengan sedikit nasihat. Kerana kebanyakkannya anak orang susah. Sama seperti aku dahulu. Bg menyentak sedikit lena mereka yg terbuai dgn keinginan remaja dan kehendak yg sukar dibendung, aku ceritakan sedikit tentang pengalamanku semasa bergelar pelajar suatu ketika dulu.
Betapa pada waktu belajarku, aku hanya ada sepasang kasut bertutup, sepasang sandal, sepasang selipar jepun dan sepasang kasut sekolah spako yg dijadikan kasut sukan. Hanya 4 pasang kasut utk 1 semester. Sekiranya masih boleh digunakan pada semester baru, aku tak malu utk terus menggunakannya. Begitulah aku....aku anak penoreh getah yg meminjam PTPTN. Untuk kesinambungan pelajaran di menara gading serta mengalas perut tatkala lapar semasa di UiTM.
Aku jarang merungut tentang makanan yg dihidangkan di 'dining' Bagi aku, makanan itu jauh lebih sedap jika nak dibandingkan dengan santapan mak, ayah, adik-adik dirumah. Jadi, aku harus bersyukur.
Masih aku ingat betapa wang sakuku hanya tinggal RM20 sahaja. Tatkala aku perlu membeli kertas latihan. Jadi aku ke kemusa, dan membeli kertas kajang kuning yang berharga 40sen, itu saja yg aku mampu beli memandangkan duit poket perlu dijimatkan utk membeli keperluan lain. Walaupun kertas kuning itu buruk sekali dan agak berbau, tapi itu sahaja yang aku mampu beli agar latihan matematik aku dpt disiapkan.
Terimbau lg kenangan, ketika bapa saudaraku memberi RM80 untuk dibuat belanja sedangkan ms tue ayah tak mampu nak memberikan duit belanja pada aku sebab adik-adik lbh perlukan dari aku.
Rs nak menitis air mata, betapa susahnya kehidupan kami sekeluarga dahulu. Ketika kami adik beradik menginjak usia untuk dewasa. Apalah perasaan ayah dan mak masa tue..mst stp hari memikirkan di mana nak cari duit.
Terkenang kembali betapa duit PTPTN dijimatkan juga untuk membeli keperluan keluarga dan adik-adik.
Sedih...aku sedih dengan pelajar di sini. Kebanyakkannya anak org susah sepertiku. Tp..tak pernahkah mereka terfikir, bebanan yang ibubapa mereka tanggung. Merayu-rayu si ayah dan si ibu menelefon ku agar memebenarkan anak mereka menduduki peperiksaan wlwpun hutang belum berbayar. Aku jadi sebak....sedih sgt...dpt kubayangkan andai itu ayah dan mak aku, aku pasti menitis air mata. Pasti aku takkan buat mereka begitu.
Sebabnya bukan aku ini anak yang baik, tp aku tak sanggup melihat mak dan ayah merayu untuk aku...sedangkan aku tak pernah ambil kisah tentang kemampuan mereka. Aku anak yang tahu meminta sahaja sedangkan aku tak tahu mak atau ayah mampu melunaskan pemintaanku atau tidak.
Ya ALLAH, kau berikanlah hidayah kepada pelajar-pelajar tersebut. Kau tunjukkanlah mereka jalan kebenaran.Kau titipkanlah rasa kasih, sayang dan belas ehsan kpd kedua org tua mereka. Semoga mereka sentiasa dalam lidungan dan kerahmatan-MU...Amin ya rabbal a'lamin...
so touched with this entry...ramai anak2 yg ibu bapa mereka susah tp percaya la sket saja yg menyedari tu...yg lain masih lg terbuai2 pengaruh rakan
ReplyDeletebetul tue...sedih sbb satu bangsa 1 agama..
ReplyDelete