info trafik

Monday, June 13, 2011

Hikmah Keburukan

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, ingin sekali saya berkongsi tentang suatu kisah pendek yg pernah terjadi dlm hidup saya.

Kisah ini terjadi semasa, saya menjadi bendahari BACSSA (Per.Pelajar Ijazah Perakaunan, UiTM segamat).

Ceritanya begini:

Apabila saya secara rasmi dilantik menjadi bendahari, saya dengan segera melaksanakan tugas. Segala jenis fail kewangan kelab, saya minta dari bendahari terdahulu. Tp, dimana silapnya, saya hanya mendapat beberapa keping kertas yang menyenaraikan nama-nama pelajar yang masih belum membayar yuran kelab.

Puas juga saya menunggu. Akhirnya, barulah diberitahu bahawa sebelum ini mmg tiada fail rasmi dibuat untuk tujuan itu. Sedikit memalukan apabila pelajar perakaunan sendiri tidak pandai membuat simpan kira. Mungkin bukan tidak pandai..tp sebaliknya (Fahamilah sendiri)

Jadi, setelah memulakan rekod baru, saya mula membuat kutipan. Saya sgt bermasalah untuk membuat kutipan memandangkan kebanyakkan pelajar tidak memberikan kerjasama yang baik. Sebaik, masih ada senior-senior dan rakan-rakan yg sudi membantu membuat kutipan. Alhamdulillah...

Mujur juga En. K pensyarah PSA 420 membina 'group psa420' di Yahoo.Jadi lebih mudah untuk saya mencari pelajar-pelajar yang enggan melunaskan duit kelab. Jadi, saya terus mem 'publish' nama-nama mereka di group ini. Ha...tindakkan berani yg menyebabkan saya menerima emel caci maki dari 2 orang senior. Mereka lupa, bhw emel balasan mereka itu, boleh dibaca oleh En. K. Tak lama lepas tue, En. K terus menelefon saya dan meminta saya jangan membuka emel tersebut. mungkin dia bimbang hati saya terguris.

Tp, saya tetap mahu membukanya. Bila baca saja emel tue, saya terus tergelak. 'knpla ada lg org cm ni dlm dunia' Terpelajar tapi bahasanya kurang berajar.

Ari-ari saya berlalu seperti biasa. Emel tue tak sedikitpun mengoyahkan semangat saya. Akhirnya, suatu petang sy menerima panggilan telefon yg tak dikenali. Mereka 'set' 'blind date' dgn saya. Debarnya...takot senior tue tempeleng saya ke.Tp, saya pergi juga. Dlm berani tue ketaq juga sebenarnya.

Smpi jer, saya perkenalkan diri. Sya mmg tak kenal senior tue...igtkan dia nk marah lg. Rupanya...mintak maaf secara terbuka. Dan saya dengan 'cool' hanya menjawab dengan penuh sopan dan berhemah smbil senyum...' takpe.Saya maafkan..cume sy harap pasni abg jgn buat lagi.Yela, sy hanya jalankan amanah ALLAH..klu sya tak amanah sy juga yg kne tanggung.Sekali lagi saya mintak maaf klu cr sy menguris ati abg'

ceh...pastue abg tue terus buat muke ala2 insafla..sbb takut saya bwk kes tue ke pihak atasan. sure menangnya. Klu kne tatatertib, rasa-rasanya mungkin abg tue kne la. Lgpun dia nk grad dh masa tue, tue agaknya dia mintak maaf kot.Takot2 tak grad lak.Heheheh

Apapun, samaada abg tue ikhlas atau tak minta maaf pd sy. Sy tetap maafkan dia.Sbb sy pun manusia. Kdg2 bile sy marah, sy pun hilang rasional..

apakah perlu keburukkan di balas dengan keburukkan juga? Sedangkan siapakah kita untuk menghukum seseorang. Sedangkan ALLAH lebih berkuasa...

sama-sama renungkan.Wallahhua'lam

2 comments: