info trafik

Tuesday, June 23, 2009

kerana DURIAN - Part 2

Selepas gagal mendapatkan kek, kami meneruskan perjalanan. Lebih kurang 500 meter dr pekan karak. Kami membelok ke kanan..Memasuki jalan ini mmg menguji skil pemanduan. Manakan tidak, jarak setiap selekoh terlalu pendek, ditambah jalan yg sempit memerlukan kepakaran dan fokus yg tinggi. Mula2...aku nebes jugak.Tp..melihatkan kak ela yg ok jer...hilang le nebes aku. Sian kak ela....sakit kepala nye coz terpaksa memandu di jalan yg berliku2 tue. Sebek dia tak termuntah.Klu tak...siapala nak memandu yek..hehe...

Sepanjang jalan tue..hanya hutan dan kebun2 saja yang ada. Tp ade juga la beberapa pekan kecil.So, klu da malam mmg tak berani ikot situ...takot! sepanjang jalan tu, penuh ngn dusun durina. Kak ela yg sebelum ini belum pernah melihat pokok durian, begitu excited sekali. Aku pon sempat memperkenalkan beberapa jenis pokok kepada mereka berdua termasuk pokok koko. Aku turut menceritakan tentang proses pembuatan milo. Dan mengimbau kembali zaman kanak2 ku ketika dikampung...seronok sgt2...

kami meneruskan perjalanan..kak ela pula masih excited ingin melihat durian2 diatas pokok yg begitu banyak sekali boleh dilihat dr dekat memandangkan kedudukan dusun yg begitu hampir dengan bahu jalan....rasa kelakar pon ada melihat telatahnya. Walaupun, itu adalah pertama kali dia memandu dijalan tersebut, tetapi tiada masalah bgnya...kereta terus meluncur laju...sedar2 sahaja...kurang dr sejam kami sudah memasuki sempadan negeri sembilan/pahang.

welcome to Negeri Sembilan!!!



Wihu.........negeriku! memasuki sahaja sempadan ini, jalan mulai melurus. Tiada lg bengkang bengkok yg boleh membuatkan kami pening dan loya. Perjalanan diteruskan sehingga bertemu simpang berikutnya:

Simpang ke kg. Sabun

Setelah melepas simpang ke kg. sabun, kami terus bergerak dan akhirnya sampai ke rumah saya. Tetap jam 12 tenghari, kami semua selamat tiba. Apalagi...ready.......Nk serbu DURIAN ni...hahahaha..............

No comments:

Post a Comment